Latest Entries »

About Me

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Pengawas Kluster Sek. Men. Teknik Perdagangan Johor Bahru ini terdiri dari 2 orang guru penasihat iaitu Puan Normaliza dan En. Saiful Azri. Manakala ahli Lembaga Pengawas terdiri daripada 44 orang.

MakLuMaT PENTING!!!

Untuk mencari maklumat pengawas, Sila pergi ke 'Blog Pencari' dan klik mengikut bulan. SeLaMaT MeNcUbA!!

Thursday, December 30, 2010

KERATAN SURAT KHABAR


Thursday, November 18, 2010

PESANAN dari BEKAS Ketua Pengawas 2009

Kepada semua student smtpjb bacth 2010 yg ambil SPM taon ni..

wat yg terbaik taw..

nak petua bly . .xde hal.. hahhah..

hmmm ape2 pun wat smpai kptsn keluaq taon dpn ag gempak dari taon lepas..

hope u all naek kan ag name sklh kluster smtpjb tu k..

sy doakan kalian semua..

SELAMAT MAJU JAYA DAN SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM 2010

kejayaan kamu semua amat di HARGAI..
PERCAYALAH!!!!!

kpd yang bertanggungjawab update blog ni, di manakah kamu.. ???

Saturday, September 4, 2010

Sinar Harian :: Suara Cakna Komuniti Anda

Sinar Harian :: Suara Cakna Komuniti Anda: "Dua maut tersepit dalam kereta

AYER BALOI - Akibat hilang kawalan, kereta yang dinaiki pasangan muda di laluan Kilometer 74 Jalan Johor Bahru-Batu Pahat, di sini terbabas lalu melanggar sebuah lori di laluan bertentangan.

Pelanggaran itu menyebabkan pemandu kereta, Ahmad Akhtar Mohd Nordin, 21 dan penumpangnya, Siti Bidadari Ahmad Ghazali, 17, tersepit di dalam kereta dan meninggal dunia di tempat kejadian di selekoh bahaya selepas jambatan Ayer Baloi berhadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Baloi.

Kejadian yang berlaku pada jam 3.20 petang itu dipercayai kedua mangsa dalam perjalanan menuju ke Batu Pahat manakala lori terbabit menuju ke arah Pontian.

Pegawai Penyiasat Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik, Ibu Pejabat Daerah Polis (IPDP) Pontian, Inspektor Suffian Sulong berkata, pihak bomba dan penyelamat terpaksa menggunakan alat pemotong besi untuk mengeluarkan kedua-dua mangsa.

“Pihak hospital yang berada di tempat kejadian mengesahkan kedua-dua mangsa yang tersepit dalam kereta itu sudah meninggal dunia.

“Mangsa dibawa ke Hospital Daerah Pontian untuk dibedah siasat, manakala pemandu lori yang membawa muatan tanah merah itu dilaporkan selamat,” katanya."

ISTIMEWA UNTUK MENGENANG ARWAH SITI BIDADARI.. AL- FATIHAH


Pada 3 Ogos 2010, kita telah dikejutkan dengan pemergian arwah Siti Bidadari Binti Ahmad Guzali yang telah terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke kampung beliau. Pemergiaan beliau disebabkan kemalangan yang berpunca daripada pertembungan diantara kereta yang dinaiki arwah dengan sebuah lori. Keadaan tempat kejadian memang begitu tragis. Walau apa pun, kita perlu redha dengan pemergian arwah kerana Allah SWT lebih menyayangi dia. Kita sebagai sahabat dan juga ibarat adik- beradik dengan arwah, tidak perlu menangis sepanjang masa kerana itu akan membebankan roh arwah 'di sana', apa yang perlu kita lakukan adalah mendoakan arwah semoga beliau dicucuri rahmat, diampunkan oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama-sama golongan hamba Allah yang beriman. Amin.., insya Allah... al-FATIHAH.. untuk arwah Siti Bidadari Binti Ahmad Guzali.

Sunday, June 13, 2010

LAWATAN PELAJAR KURSUS KEJURUTERAAN TERAKHIR SMTPJB 2010











Pada 2/6/2010, semua pelajar kursus kejuruteraan yang terakhir dan beberapa orang guru telah menyertai lawatan ke Universiti Islam Antarabangsa (UIA), menara KLCC dan Petrosains di Kuala Lumpur. Hampir seramai 200 orang warga SMTPJB telah menyertai lawatan ini. Lawatan ini adalah untuk memberi pengetahuan yang lebih terperinci kepada semua pelajar kejuruteraan bagi melanjutkan pelajaran selepas peperiksaan SPM dan sebagai 'hadiah' terakhir kepada semua pelajar kursus kejuruteraan..









Saturday, April 10, 2010

AKTIVITI PENGAWAS

Exco tertinggi pengawas telah merancang dan menjalankan aktiviti- aktiviti yang menarik untuk semua pengawas pada setiap hari jumaat. Contoh aktiviti yang telah dijalankan ialah:

a) mengenal dan mengeratkan silaturrahim antara pengawas.

b) luahan masalah dan cara mengatasi masalah di kalangan pengawas.

c) mengadakan perbincangan antara exco bersama Guru Pengawas.







Aktiviti- aktiviti dalam perancangan:
1) sukan antara pengawas.
2) perlawanan sukan antara pengawas dan ajk asrama.
3) kem motivasi/ lawatan.

Monday, April 5, 2010

MaJLiS AnuGeRaH CeMeRLanG

Tahniah Kepada Ketua Pengawas 2009
Mohammad Fahmi b. Mohd Hodi
kerana telah menerima ANUGERAH KHAS SERI DAGANG
daripada pihak sekolah.
Moga dgn kejayaan beliau dapat kita semua terutama pengawas mencontohi beliau.




Thursday, March 18, 2010

Exco PenGaWas 2009


Guru Pengawas : En. Zuwairi b. Abd Aziz
: Cik Nurzaimah bte Ahmad Fuad
Ketua Pengawas: Mohammad Fahmi b. Hj. Mohd Hodi
Pen. Ketua Pengawas: NurFazreen Lyana bt Musa
Setiausaha: Muhd Syahfie b. MD Salleh
Bendahari: Salbiah bt Asim
Exco Disiplin: Nur Kamala bt. Paily
Exco Perhimpunan: Mohammad Yusuf b. Mislam
Exco Blok: Mohamad Harris b. Md Yunan
Exco UPLP: Nurul Shafiqa bt. Abd. Rahman
Exco Point: Siti Nur Syafiqah bt. Ishak
Exco Akademik: Mohd Razib b. Abd Rahim

Sunday, March 14, 2010

PENDAFTARAN & PEMILIHAN PENGAWAS PERCUBAAN TINGKATAN 4

Pada 5 Mac 2010,(Khamis) semua exco tertinggi pengawas telah mengadakan sesi pendaftaran bertempat di bilik pengawas. Pendaftaran ini terbuka untuk semua pelajar tingkatan 4 yang ingin menjadi pengawas percubaan. Cikgu Saiful Azri juga turut hadir untuk memantau aktiviti ini. Pendaftaran bermula pada jam 3.45 p.m- 5.00 p.m, kerana kebanyakkan pelajar yang mendaftar adalah dari jurusan vokasional.

Semua pelajar yang telah mendaftar sebagai pengawas percubaan telah diterangkan tentang perkara- perkara penting mengenai Lembaga Pengawas SMTPJB. Dalam tempoh percubaan ini, mereka akan diberi pendedahan sebenar dalam menjalankan tugas, memainkan peranan sebagai pengawas dan menjaga nama baik sekolah serta lembaga pengawas sendiri.

*p/s: Kepada semua pengawas tingkatan 4, kami pengawas- pengawas senior doakan adik- adik semua dapat menjalankan peranan sebagai pengawas dengan penuh semangat, tabah, dan berwibawa. "Good luck you all"

Friday, March 12, 2010

Tahniah diucapkan kepada yang berjaya

pada 11/03/2010 jam 10.00 pagi keputusan SPM sekolah menengah Teknik perdagangan telah diumumkan .keputusan pada tahun ini telah mencapai 100% kelulusan kepada yang telah berjaya dengan cemerlang tahniah diucapkan moga-moga usaha yang dilakukan mendatangkan berkat dalam kehidupan

Saturday, February 20, 2010

AKSI PENGAWAS- PENGAWAS














Saturday, February 13, 2010

SELAMAT MENYAMBUT HARI

TAHUN BARU CINA

Saturday, January 30, 2010

PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 4


Pada hari isnin, 25/1/2010, adalah hari pendaftaran pelajar baru tingkatan 4 di SMTPJ. Anggaran pelajar yang mendaftar adalah seramai hampi 300 orang. Pada hari tersebut, pengawas-pengawas SMTPJB telah bertugas sebagai:


1) Penyambut tetamu.

2) Penunjuk arah.

3) Bahagian pendaftaran.


Aturcara pada hari pendaftaran:


8.00 a.m. Kehadiran ibu bapa & pelajar tingkatan 4

8.45 a.m. Ucapan pengetua di dewan Dagang

9.10 a.m Pelajar mendaftar kelas, manakala ibu bapa mendengar taklimat PIBG.

12.00 p.m bersurai



Saturday, January 16, 2010

Majlis Perlantikan Pengawas SMTPJB 2010

Aturcara:

* kawat masuk

* lapor wakil pengawas ( Setiausaha )

* tunduk hormat

* bacaan doa ( Exco Perhimpunan )

* penyerahan blazer

* tunduk hormat

*bacaan ikrar ( Ketua Pengawas )

* kawat keluar baris








Saturday, December 26, 2009

BACK TO SCHOOL....!!!

Sekolah akan dibuka semula tidak lama lagi. Jadi, kepada semua pengawas sesi 09/10., be ready., anda akan kembali menjalankan tugas anda semula..!!! Semoga anda semua akan lebih bersemangat, berdisiplin, & tegas dalam menjalankan tugas sebagai PENGAWAS @ 'polis sekolah'.

*kepada pengawas yang ada sebarang pertanyaan tentang tugas @ pakaian ketika hari pertama sekolah bermula, anda disarankan bertanya kepada exco- exco anda.!! tq..

Wednesday, November 25, 2009






" SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM &
SEMOGA MENDAPAT KEPUTUSAN YANG CEMERLANG
KEPADA SEMUA PENGAWAS TINGKATAN 5 SMTPJB "


Friday, October 16, 2009

Jamuan Akhir Tahun dan Hari Raya

Majlis Jamuan Akhir Tahun dan Hari Raya ini di adakan pada 15 Oktober 2009
di Restoran Merdeka. Majlis ini di adakan pada waktu malam dari jam 8.00mlm hingga 11.00mlm. Pelbagai aktiviti telah di adakan antaranya
- ucapan wakil pengawas
- ucapan Pn. Herlina
- Persembahan Ting. 4
- Cabutan bertuah
- Persembahan Nasyid
- Persembahan Ting. 5
- Penyampaian hadiah kpd exco
- Anugerah pengawas
- Anugerah Khas Pengawas
- Penyampaian hadiah pertandingan Hari Pengawas
- Sambutan Hari Lahir Cik Nurzaimah