Latest Entries »

About Me

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Pengawas Kluster Sek. Men. Teknik Perdagangan Johor Bahru ini terdiri dari 2 orang guru penasihat iaitu Puan Normaliza dan En. Saiful Azri. Manakala ahli Lembaga Pengawas terdiri daripada 44 orang.

MakLuMaT PENTING!!!

Untuk mencari maklumat pengawas, Sila pergi ke 'Blog Pencari' dan klik mengikut bulan. SeLaMaT MeNcUbA!!

Saturday, December 26, 2009

BACK TO SCHOOL....!!!

Sekolah akan dibuka semula tidak lama lagi. Jadi, kepada semua pengawas sesi 09/10., be ready., anda akan kembali menjalankan tugas anda semula..!!! Semoga anda semua akan lebih bersemangat, berdisiplin, & tegas dalam menjalankan tugas sebagai PENGAWAS @ 'polis sekolah'.

*kepada pengawas yang ada sebarang pertanyaan tentang tugas @ pakaian ketika hari pertama sekolah bermula, anda disarankan bertanya kepada exco- exco anda.!! tq..

Wednesday, November 25, 2009






" SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM &
SEMOGA MENDAPAT KEPUTUSAN YANG CEMERLANG
KEPADA SEMUA PENGAWAS TINGKATAN 5 SMTPJB "


Friday, October 16, 2009

Jamuan Akhir Tahun dan Hari Raya

Majlis Jamuan Akhir Tahun dan Hari Raya ini di adakan pada 15 Oktober 2009
di Restoran Merdeka. Majlis ini di adakan pada waktu malam dari jam 8.00mlm hingga 11.00mlm. Pelbagai aktiviti telah di adakan antaranya
- ucapan wakil pengawas
- ucapan Pn. Herlina
- Persembahan Ting. 4
- Cabutan bertuah
- Persembahan Nasyid
- Persembahan Ting. 5
- Penyampaian hadiah kpd exco
- Anugerah pengawas
- Anugerah Khas Pengawas
- Penyampaian hadiah pertandingan Hari Pengawas
- Sambutan Hari Lahir Cik Nurzaimah

























Sunday, October 4, 2009

Rumah Terbuka Cikgu Zaimah

Majlis bermula pukul 3ptg ahad 4/10/2009
terdiri dari pengawas tingkatan 5
di mulakan dengan marhaban dan doa
Jamuan
hmmm best sangat dan meriah











Sunday, September 27, 2009

Video - Suasana Hari Raya

Thursday, September 17, 2009

SeLaMat HaRi RaYa!!!!!

Salam Aidilfitri
dalam kerendahan hati,
ada ketinggian budi,
dalam kemiskinan harta,
ada kekayaan jiwa,

dalam kelembutan lidah,
ada keterlanjuran kata,
dalam gurau dan senda,
ada khilaf dan dosa.

setitik embun di pohon rimbun,
di atap nipah air bergenang,
dosa bertimbun mohon diampun,
salah dan silap jangan dikenang.



Assalamualaikum w.b.t kepada semua insan yang menghidupkan hari-hari Ramadhan dengan tawaduk dan khusyuk terutamanya kepada seluruh warga kesayangan Kluster Sek. Men. Teknik Perdagangan Johor Bahru, terutama kepada GURU PENGAWAS dan semua PENGAWAS sekolah. Kepada pelajar dan pengawas tingkatan 5 Good Luck for ur SPM.
"Jangan Main Mercun", kata Ustz Khairul Anwar kpd pelajar sekolah.


Aidilfitri menghitung hari
Bulan Ramadhan menjadi kenangan
Aidilfitri menjelang nanti
Menyambut bulan SYAWAL bulan kemenangan.

Thursday, September 10, 2009

Prefect.... Towards Excellent....

Lebarnya sayap si burung helang,
Hinggap sebentar di kota Saranan,
Utuh sepakatan kian gemilang,
Cerah masa depan corak kepimpinan


      Meredah samudera seakan-akan,
      Unggas belantara menjadi santapan,
      Masa yang berharga rela dikorbankan,
      Demi kesejahteraan masa hadapan.


Bintang kejora menyibu sinaran,
Persada dunia indah diterangi,
Tanggungjawab dipikul menggilap kepimpinan,
Pemimpin berwawasan akan disanjungi.


       Mega berarak hembusan kurnia,
       Duduk bersantai seindah arjuna,
       Tepati masa adat dunia,
       Personaliti diri insan dijana.

Saat yang Sudah Sempurna

Saat matahari terbit dari ufuk timur,
Tibalah waktunya tugas kami akan bermula,
Saat kami menapak dihadapan sekolah,
Misi kami hanya satu.


Saat kami berdiri tegak dihadapan ratusan pelajar,
Kami sedar bukan ringan tanggungjawab yg kami pikul,
Saat kami berhadapan dengan masalah yang berat,
Kami Merasakan karier kami benar-benar tercabar.


Saat kami dapat menjayakan apa yang diamanahkan,
Kami rasa bertuah kerana dapat berjasa kepada sekolah,
Saat kami menggenggam segulung sijil penghargaan,
Kami tahu kami sudah cukup sempurna,
Sebagai seorang pemimpin.

Prosedur Perlucutan Jawatan Pengawas

Ahli-ahli Lembaga Pengawas boleh dilucutkan jawatannya jika telah dibuktikan :
- Terlibat dalam kesalahan berat.
- Melakukan kesalahan-kesalahan yang melibatkan tindakan rotan,
gantung asrama,
gantung persekolahan,
buang asrama atau buang sekolah

Seseorang ahli Lembaga Pengawas yang akan dilucutkan jawatan perlu diberitahu dengan jelas sebab-sebab beliau dilucutkan jawatan

Etika seorang Pengawas

1. Menjaga nama baik Lembaga Pengawas
2. Menghormati Ketua Pengawas, Penolong Ketua Pengawas serta sesama ahli Lembaga Pengawas
3. Menjaga kelakuan agar menjadi teladan kepada pelajar lain
4. Bertanggungjawab utk mempertingkatkan tahap disiplin sekolah
5. Berpakaian bersih dan kemas setiap masa
6. Menjalankan tugas dengan cekap
7. Sedia membantu guru dan sesiapa sahaja pada setiap masa
8. Sentiasa menghadirkan diri dalam Mesyuarat Lembaga Pengawas
9. Mengikuti segala aktiviti pengawas
10.Mengemukakan rasa tidak puas hati menggunakan saluran yang betul
11.Menunjukkan sikap positif dalam pembelajaran
12.Sentiasa mengamalkan sikap musyawarah sesama ahli Lembaga Pengawas
13.Mengamalkan sikap kerjasama dan toleransi sesama ahli Lembaga Pengawas

Peraturan Pakaian Rasmi Ahli Lembaga Pengawas




a) Blazer Pengawas berwarna 'Hitam'




b) Pengawas Lelaki
- Kemeja T lengan panjang warna 'beige'
- Seluar panjang warna hitam
- Tali pinggang warna hitam
- Tali leher pengawas
- Tanda Nama Pengawas
- Kasut hitam kanvas atau PVC
- Coller dot pengawas
- Stokin warna putih







c) Pengawas Perempuan
- Blaus lengan pajang warna 'beige'
- Tali leher
- Baju kurung warna 'beige'
- Kain hitam
- Tudung warna beige
- Tandanama Pengawas
- Coller dot pengawas
- Kasut hitam kanvas atau PVC
- Stokin warna putih




Kemeja hendaklah dikancing lengannya. Ahli Lembaga Pengawas wajib memakai pakaian rasmi pengawas pada setiap hari persekolahan dan majlis-majlis rasmi yang lain.

Peraturan - peraturan Pengawas.

Peraturan Am
*Setiap ahli Lembaga Pengawas perlu
- Mematuhi segala peraturan yg telah ditetapkan di dalam buku Peraturan Sekolah.
- Mematuhi Etika Pengawas
- Mematuhi penyalahgunaan Kuasa
- Mematuhi Peraturan Pakaian Rasmi ahli Lembaga Pengawas
- Mematuhi Peraturan Bilik Pengawas

Peraturan Penyalahgunaan Kuasa
Seorang ahli Lembaga Pengawas dilarang menyalahgunakan kuasa dan mandat yang telah diberikan untuk tujuan-tujuan berikut :

1. Bersubahat dengan pelajar lain untuk melakukan kesalahan
2. Terlibat dalam merancang untuk melanggar mana-mana peraturan Sekolah
3. Melindungi pelajar yang melanggar Peraturan Sekolah
4. Memberi kelonggaran terhadap rakan pelajar dalam menguatkuasakan Peraturan Sekolah.
5. Membocorkan hasil perbincangan Lembaga Pengawas kpd pelajar lain.
6. Mencetuskan ketegangan sesama ahli Lembaga PEngawas
7. Menahan pelajar atas alasan peribadi.

Bidang Kuasa Dan Tugas Ahli Lembaga Disiplin dan Pengawas

Ketua Pengawas
1. Memastikan aktiviti Lembaga Pengawas berjalan dengan lancar.
2. Memastikan ahli Lembaga Pengawas menjalankan tugas yang telah ditetapkan.
3. Mempengerusikan Mensyuarat Lembaga pengawas
4. Menyelia aktiviti Lembaga Pengawas
5. Mengadakan perbincangan dgn Exco Tertinggi utk membuat tindakan yang melibatkan
kepentingan semua pengawas.
6. Mengetuai segala upacara rasmi Lembaga Pengawas.
7. Menjadi lambang kecekapan Lembaga Pengawas
8. Mnjadi teladan dan panduan kepada ahli Lembaga Pengawas dan pelajar lain.

Penolong Ketua Pengawas
1. Mnjlnkan semua tugas-tugas Ketua Pengawas sewaktu ketiadaan beliau
2. Membantu Ketua Pengawas dalam pelbagai aspek Lembaga Pengawas
3. Membantu menyelesaikan masalah yang berkaitan ahli Lembaga Pengawas
4. Menjadi teladan kepada ahli Lemabaga Pengawas dan pelajar lain.

Setiausaha
1. Membuat urusan surat menyurat berkenaan Lembaga Pengawas
2. Menguruskan Mesyuarat Lembaga Pengawas
3. Menyediakan Minit Mesyuarat
4. Membuat laporan bagi setiap aktiviti yang dijalankan
5. Memastikan pengurusan Lembaga Pengawas didokumenkan
6. Menyediakan jadual bertugas pengawas

Bendahari
1. Menyimpan rekod kewangan Lembaga Pengawas dengan baik
2. Mengutip bayaran yuran bulanan, dan lain-lain bayaran setelah mendpt keizinan dari guru pengawas.
3. Menjadi penasihat kepada Ketua Pengawas dan Pen. Ketua Pengawas.
4. Menyerahkan rekod kewangan kepada guru penasihat bila diperlukan.
5. Memastikan keadaan kewangan Lembaga Pengawas dalam keadaan stabil.
______________________________________________________________________________________

Exco Disiplin
1. Membantu pihak sek. dalam menguatkuasakan Peraturan Sekolah.
2. Menjalankan pemeriksaan terhadap pelajar apabila diperlukan.
3. Berbincang dgn pljr yang bermasalah dgn cara diplomasi.
4. Memastikan disiplin pelajar dalam keadaan terkawal bagi membentuk persekitaran yang harmoni.

Exco UPLP
1. Merancang segala aktiviti Lembaga Pengawas
2. Memastikan semua aktiviti berjalan dengan lancar
3. Mengemaskini Papan Kenyataan Pengawas

Exco Blok
1. Memastikan blok dalam keadaan bersih dan terkawal
2. Melaporkan sebarang salahlaku/vandalisme yang telah dilakukan pelajar
3. Melaporkan sebarang kerosakan
4. Memastikan pelajar tidak berada di dalaam tandas selepas waktu rehat
5. Memastikan kelas dalam keadaan senyap semasa ketiadaan guru

Exco Perhimpunan
1. Membuat persiapan Dewan setiap kali perhimpunan rasmi.
2. Memastikan dewan dalam keadaan bersih sewaktu upacara rasmi.
3. Melaporkan sebarang perlakuan negatif di dalam dewan.

Exco Akademik
1. Memastikan semua ahli Lembaga Pengawas menyerahkan salinan keputusan ujian dan peperiksaan.
2. Menyediakan pelbagai nota-nota ringkas untuk pengawas.
3. Membuat kelas tambahan subjek teras dan elektif kepada semua pengawas.
4. Menyediakan sedikit nota untuk di tampal kedalam bilik pengawas.

Exco Point
1. Menguruskan kertas tolak point
2. Tugas tolak point pelajar waktu pagi dan rehat

Hari Pengawas - 2

Hari kedua iaitu pada hari Sabtu.
Aktiviti yang telah di jalankan
*Menjaga buah hati
*kaki diikat dan berjalan dalam kumpulan
*Baling belon air
*Mencari maklumat
*Persembahan kawad kaki tingkatan 4
*Gotong-royong
*Majlis Hari Lahir pengawas
*Jamuan

Hari Pengawas - 1

Hari pengawas ini di adakan pada 7 & 8hb Ogos 2009 iaitu pada Hari Jumaat malam selepas isyak dan Hari Sabtu pagi hingga petang.

Aturcara pada hari pertama :                                                    
- Pendaftaran
- Taklimat drpd Exco
- Pemberian amanah
- Pembahagian kumpulan
- Aktiviti berjalan tanpa melihat