Latest Entries »

About Me

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Pengawas Kluster Sek. Men. Teknik Perdagangan Johor Bahru ini terdiri dari 2 orang guru penasihat iaitu Puan Normaliza dan En. Saiful Azri. Manakala ahli Lembaga Pengawas terdiri daripada 44 orang.

MakLuMaT PENTING!!!

Untuk mencari maklumat pengawas, Sila pergi ke 'Blog Pencari' dan klik mengikut bulan. SeLaMaT MeNcUbA!!

Sunday, March 14, 2010

PENDAFTARAN & PEMILIHAN PENGAWAS PERCUBAAN TINGKATAN 4

Pada 5 Mac 2010,(Khamis) semua exco tertinggi pengawas telah mengadakan sesi pendaftaran bertempat di bilik pengawas. Pendaftaran ini terbuka untuk semua pelajar tingkatan 4 yang ingin menjadi pengawas percubaan. Cikgu Saiful Azri juga turut hadir untuk memantau aktiviti ini. Pendaftaran bermula pada jam 3.45 p.m- 5.00 p.m, kerana kebanyakkan pelajar yang mendaftar adalah dari jurusan vokasional.

Semua pelajar yang telah mendaftar sebagai pengawas percubaan telah diterangkan tentang perkara- perkara penting mengenai Lembaga Pengawas SMTPJB. Dalam tempoh percubaan ini, mereka akan diberi pendedahan sebenar dalam menjalankan tugas, memainkan peranan sebagai pengawas dan menjaga nama baik sekolah serta lembaga pengawas sendiri.

*p/s: Kepada semua pengawas tingkatan 4, kami pengawas- pengawas senior doakan adik- adik semua dapat menjalankan peranan sebagai pengawas dengan penuh semangat, tabah, dan berwibawa. "Good luck you all"

1 comments:

Unknown said...

adikk akan beusaha menjage name baek smtpjb n badan pengawas...dari ex kp tintong t4

Post a Comment