Latest Entries »

About Me

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Pengawas Kluster Sek. Men. Teknik Perdagangan Johor Bahru ini terdiri dari 2 orang guru penasihat iaitu Puan Normaliza dan En. Saiful Azri. Manakala ahli Lembaga Pengawas terdiri daripada 44 orang.

MakLuMaT PENTING!!!

Untuk mencari maklumat pengawas, Sila pergi ke 'Blog Pencari' dan klik mengikut bulan. SeLaMaT MeNcUbA!!

Saturday, September 4, 2010

Sinar Harian :: Suara Cakna Komuniti Anda

Sinar Harian :: Suara Cakna Komuniti Anda: "Dua maut tersepit dalam kereta

AYER BALOI - Akibat hilang kawalan, kereta yang dinaiki pasangan muda di laluan Kilometer 74 Jalan Johor Bahru-Batu Pahat, di sini terbabas lalu melanggar sebuah lori di laluan bertentangan.

Pelanggaran itu menyebabkan pemandu kereta, Ahmad Akhtar Mohd Nordin, 21 dan penumpangnya, Siti Bidadari Ahmad Ghazali, 17, tersepit di dalam kereta dan meninggal dunia di tempat kejadian di selekoh bahaya selepas jambatan Ayer Baloi berhadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Baloi.

Kejadian yang berlaku pada jam 3.20 petang itu dipercayai kedua mangsa dalam perjalanan menuju ke Batu Pahat manakala lori terbabit menuju ke arah Pontian.

Pegawai Penyiasat Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik, Ibu Pejabat Daerah Polis (IPDP) Pontian, Inspektor Suffian Sulong berkata, pihak bomba dan penyelamat terpaksa menggunakan alat pemotong besi untuk mengeluarkan kedua-dua mangsa.

“Pihak hospital yang berada di tempat kejadian mengesahkan kedua-dua mangsa yang tersepit dalam kereta itu sudah meninggal dunia.

“Mangsa dibawa ke Hospital Daerah Pontian untuk dibedah siasat, manakala pemandu lori yang membawa muatan tanah merah itu dilaporkan selamat,” katanya."

0 comments:

Post a Comment