Latest Entries »

About Me

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Pengawas Kluster Sek. Men. Teknik Perdagangan Johor Bahru ini terdiri dari 2 orang guru penasihat iaitu Puan Normaliza dan En. Saiful Azri. Manakala ahli Lembaga Pengawas terdiri daripada 44 orang.

MakLuMaT PENTING!!!

Untuk mencari maklumat pengawas, Sila pergi ke 'Blog Pencari' dan klik mengikut bulan. SeLaMaT MeNcUbA!!

Sunday, June 13, 2010

LAWATAN PELAJAR KURSUS KEJURUTERAAN TERAKHIR SMTPJB 2010











Pada 2/6/2010, semua pelajar kursus kejuruteraan yang terakhir dan beberapa orang guru telah menyertai lawatan ke Universiti Islam Antarabangsa (UIA), menara KLCC dan Petrosains di Kuala Lumpur. Hampir seramai 200 orang warga SMTPJB telah menyertai lawatan ini. Lawatan ini adalah untuk memberi pengetahuan yang lebih terperinci kepada semua pelajar kejuruteraan bagi melanjutkan pelajaran selepas peperiksaan SPM dan sebagai 'hadiah' terakhir kepada semua pelajar kursus kejuruteraan..









Saturday, April 10, 2010

AKTIVITI PENGAWAS

Exco tertinggi pengawas telah merancang dan menjalankan aktiviti- aktiviti yang menarik untuk semua pengawas pada setiap hari jumaat. Contoh aktiviti yang telah dijalankan ialah:

a) mengenal dan mengeratkan silaturrahim antara pengawas.

b) luahan masalah dan cara mengatasi masalah di kalangan pengawas.

c) mengadakan perbincangan antara exco bersama Guru Pengawas.







Aktiviti- aktiviti dalam perancangan:
1) sukan antara pengawas.
2) perlawanan sukan antara pengawas dan ajk asrama.
3) kem motivasi/ lawatan.

Monday, April 5, 2010

MaJLiS AnuGeRaH CeMeRLanG

Tahniah Kepada Ketua Pengawas 2009
Mohammad Fahmi b. Mohd Hodi
kerana telah menerima ANUGERAH KHAS SERI DAGANG
daripada pihak sekolah.
Moga dgn kejayaan beliau dapat kita semua terutama pengawas mencontohi beliau.




Thursday, March 18, 2010

Exco PenGaWas 2009


Guru Pengawas : En. Zuwairi b. Abd Aziz
: Cik Nurzaimah bte Ahmad Fuad
Ketua Pengawas: Mohammad Fahmi b. Hj. Mohd Hodi
Pen. Ketua Pengawas: NurFazreen Lyana bt Musa
Setiausaha: Muhd Syahfie b. MD Salleh
Bendahari: Salbiah bt Asim
Exco Disiplin: Nur Kamala bt. Paily
Exco Perhimpunan: Mohammad Yusuf b. Mislam
Exco Blok: Mohamad Harris b. Md Yunan
Exco UPLP: Nurul Shafiqa bt. Abd. Rahman
Exco Point: Siti Nur Syafiqah bt. Ishak
Exco Akademik: Mohd Razib b. Abd Rahim

Sunday, March 14, 2010

PENDAFTARAN & PEMILIHAN PENGAWAS PERCUBAAN TINGKATAN 4

Pada 5 Mac 2010,(Khamis) semua exco tertinggi pengawas telah mengadakan sesi pendaftaran bertempat di bilik pengawas. Pendaftaran ini terbuka untuk semua pelajar tingkatan 4 yang ingin menjadi pengawas percubaan. Cikgu Saiful Azri juga turut hadir untuk memantau aktiviti ini. Pendaftaran bermula pada jam 3.45 p.m- 5.00 p.m, kerana kebanyakkan pelajar yang mendaftar adalah dari jurusan vokasional.

Semua pelajar yang telah mendaftar sebagai pengawas percubaan telah diterangkan tentang perkara- perkara penting mengenai Lembaga Pengawas SMTPJB. Dalam tempoh percubaan ini, mereka akan diberi pendedahan sebenar dalam menjalankan tugas, memainkan peranan sebagai pengawas dan menjaga nama baik sekolah serta lembaga pengawas sendiri.

*p/s: Kepada semua pengawas tingkatan 4, kami pengawas- pengawas senior doakan adik- adik semua dapat menjalankan peranan sebagai pengawas dengan penuh semangat, tabah, dan berwibawa. "Good luck you all"

Friday, March 12, 2010

Tahniah diucapkan kepada yang berjaya

pada 11/03/2010 jam 10.00 pagi keputusan SPM sekolah menengah Teknik perdagangan telah diumumkan .keputusan pada tahun ini telah mencapai 100% kelulusan kepada yang telah berjaya dengan cemerlang tahniah diucapkan moga-moga usaha yang dilakukan mendatangkan berkat dalam kehidupan

Saturday, February 20, 2010

AKSI PENGAWAS- PENGAWAS














Saturday, February 13, 2010

SELAMAT MENYAMBUT HARI

TAHUN BARU CINA

Saturday, January 30, 2010

PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 4


Pada hari isnin, 25/1/2010, adalah hari pendaftaran pelajar baru tingkatan 4 di SMTPJ. Anggaran pelajar yang mendaftar adalah seramai hampi 300 orang. Pada hari tersebut, pengawas-pengawas SMTPJB telah bertugas sebagai:


1) Penyambut tetamu.

2) Penunjuk arah.

3) Bahagian pendaftaran.


Aturcara pada hari pendaftaran:


8.00 a.m. Kehadiran ibu bapa & pelajar tingkatan 4

8.45 a.m. Ucapan pengetua di dewan Dagang

9.10 a.m Pelajar mendaftar kelas, manakala ibu bapa mendengar taklimat PIBG.

12.00 p.m bersurai



Saturday, January 16, 2010

Majlis Perlantikan Pengawas SMTPJB 2010

Aturcara:

* kawat masuk

* lapor wakil pengawas ( Setiausaha )

* tunduk hormat

* bacaan doa ( Exco Perhimpunan )

* penyerahan blazer

* tunduk hormat

*bacaan ikrar ( Ketua Pengawas )

* kawat keluar baris








Saturday, December 26, 2009

BACK TO SCHOOL....!!!

Sekolah akan dibuka semula tidak lama lagi. Jadi, kepada semua pengawas sesi 09/10., be ready., anda akan kembali menjalankan tugas anda semula..!!! Semoga anda semua akan lebih bersemangat, berdisiplin, & tegas dalam menjalankan tugas sebagai PENGAWAS @ 'polis sekolah'.

*kepada pengawas yang ada sebarang pertanyaan tentang tugas @ pakaian ketika hari pertama sekolah bermula, anda disarankan bertanya kepada exco- exco anda.!! tq..

Wednesday, November 25, 2009






" SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM &
SEMOGA MENDAPAT KEPUTUSAN YANG CEMERLANG
KEPADA SEMUA PENGAWAS TINGKATAN 5 SMTPJB "


Friday, October 16, 2009

Jamuan Akhir Tahun dan Hari Raya

Majlis Jamuan Akhir Tahun dan Hari Raya ini di adakan pada 15 Oktober 2009
di Restoran Merdeka. Majlis ini di adakan pada waktu malam dari jam 8.00mlm hingga 11.00mlm. Pelbagai aktiviti telah di adakan antaranya
- ucapan wakil pengawas
- ucapan Pn. Herlina
- Persembahan Ting. 4
- Cabutan bertuah
- Persembahan Nasyid
- Persembahan Ting. 5
- Penyampaian hadiah kpd exco
- Anugerah pengawas
- Anugerah Khas Pengawas
- Penyampaian hadiah pertandingan Hari Pengawas
- Sambutan Hari Lahir Cik Nurzaimah